Berkenan menerima mengadap
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Luar Negeri Malaysia, Tuan Yang Terutama Datuk Saifuddin bin Abdullah di Istana Nurul Iman.
Turut serta dalam majlis mengadap tersebut ialah Setiausaha, Bahagian Asia Tenggara Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Malaysia, Eldeen Hussaini bin Mohd Hashim dan Charge d’Affaires yang juga Minister Counsellor di Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Rafedah binti Abdul Aziz.
Hadir sama ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua) Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof dan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dayang Emaleen binti Abdul Rahman Teo.
TYT Datuk Saifuddin telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia yang baharu pada 2 Julai 2018.
No comments:
Post a Comment