Thursday, August 23, 2018

Detik penuh keinsafan Rosmah dan Najib di Aidiladha


Detik penuh keinsafan Rosmah dan Najib di Aidiladha


Video ini memaparkan detik detik keinsafan menyambut aidiladha pasangan suami isteri Dato Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansur. Datin Seri dan Dato Seri dikelilingi oleh para penyokong setia mereka dinampak begitu terharu. Dato Seri Najib Tun Razak juga kelihatan mengambil kesempatan untuk memberi daging korban kepada rakyat. Disamping bersama-sama turut hadir diupacara penyembelian korban.

Dato seri Najib Tun Razak merupakan bekas perdana menteri Malaysia dan juga presiden kepada parti keramat UMNO. Beliau memimpin Negara selepas perletakan jawatan oleh Ahmad Badawi. Semasa pemerintahan beliau beliau telah membawa Malaysia ke arena baru dimana beliau memperkenalkan GST. Legasi beliau juga merangkumi pembangunan terhadap kemudahan infrastruktur seperti MRT disamping membina UTC iaitu pusat transformasi Bandar untuk kegunaan dan kemudahan rakyat. Disamping itu Dato seri Najib Tun Razak juga telah memulakan BRIM iaitu bantuan terhadap rakyat yang memerlukan. Setelah kekalahan parti pimpinan beliau pada pilihanraya yang baru-baru ini, beliau telah dengan sukarelanya telah meletakkan jawatan sebabagi presiden parti demi memberi ruang kepada pimpinan baru yang kini diterajui oleh Zahid Hamidi. Beliau telah mula berundur dan digesa agar menjarakkan diri dari pimpinan dan pentadbiran parti kerana dikaitkan dengan pelbagai skandal melibatkan salah guna kuasa, wang haram dan kegiatan rasuah. Dato Seri Najib kini wakil rakyat bagi kawasan pekan.
Sila tonton video:

No comments:

Post a Comment