Saturday, August 18, 2018

Saya berani kerana benar. Jho Low saya akan bawa balik Malaysia - Najib


Saya berani kerana benar. Jho Low saya akan bawa balik Malaysia - Najib



Dato Seri Najib kini akan memainkan peranan beliau untuk membawa dan memujuk Jho Low untuk pulang ke Malaysia. Ini berikutan dengan kes kapal mewah Equanimity yang kini sedang berada di Malaysia. Ini adalah hasil persetujuan yang telah dibuat oleh pihak Indonesia untuk menyerahkan kapal mewah bernilai AS$250 juta yang diimpaun di Bali pada awal tahun ini. Kapal ini telah dikaitkan dengan isu 1MDB dan dalam penyiasatan. 1MDB telah ditubuhkan oleh bekas perdana menteri Malaysia Dato Seri Najib. 1MDB telah dikaitkan dengan pengubahan wang di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk AS, Switzerland dan Singapura. Sejumlah AS$4.5 bilion digelapkan daripada 1MDB oleh pegawai-pegawai berpangkat tinggi di syarikat itu dan rakan-rakan mereka, menurut tuntutan mahkamah sivil yang difailkan DoJ.

Equanimity yang berdaftar di kepulauan Cayman itu dirampas pada Februari atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat dalam siasatan rasuah berkaitan dengan 1MDB oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ).

Ahli perniagaan Jho Low dilihat sebagai watak utama dalam skandal ini. Jho Low menggunakan hasil kutipan yang dilencongkan dari 1MDB untuk memperoleh Equanimity, kapal serba mewah sepanjang 91m. 

Buat masa kini, Jho Low adalah individu yang paling dikehendaki dalam pembuktian terhadap tuduhan yang telah dibuat terhadap Najib. Najib sering mengatakan bahawa beliau tidak tahu menau tentang perkara ini dan berani untuk membawa Jho Low balik.
Sila tonton video:

No comments:

Post a Comment