UTB, BSP meterai kerjasama lanjut
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Dalam usaha meningkatkan keupayaan teknologi sektor minyak dan gas Negara Brunei Darussalam, Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) Sdn Bhd hari ini menandatangani perjanjian tambahan bagi meneruskan kerjasama menyokong penyelidikan dan pembangunan serta pendidikan dan mempraktikkan pengetahuan.
Majlis penandatanganan telah berlangsung di UTB di hadapan Perwakilan Pemegang Saham Kanan Shell, Stuart Goodman.
Menandatangani bagi pihak UTB ialah Naib Canselornya, Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman manakala BSP ditandatangani oleh Pengarah Urusannya, Dr Ceri Powell.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, UTB, BSP dan Shell pada asalnya menandatangani perjanjian pembiayaan pada 2009 untuk membiayai perancangan dan pembangunan program-program ijazah sarjana muda Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Petroleum di UTB.
Perjanjian tambahan ini ditandatangani untuk mengemas kini skop perjanjian pembiayaan berkenaan bagi merangkumi senarai program-program kolaborasi yang diperbaharui, termasuk dalam bidang tenaga-tenaga (boleh diperbaharui) baharu, komposisi baharu jawatankuasa pandu untuk menyelia pelaksanaan program-program berkenaan dan untuk melanjutkan tempoh perjanjian selama lima tahun.
No comments:
Post a Comment