Sabah pastikan penurunan kuasa semula diberikan
KOTA KINABALU, 13 Ogos – Kerajaan Negeri akan memastikan penurunan kuasa semula diberikan oleh Kerajaan Pusat.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pada masa sama, royalti minyak sebanyak 20 peratus yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini juga akan menjadi antara keutamaan Kerajaan Negeri.
“Bayaran royalti minyak hendaklah diselaraskan dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto. Justeru, Kerajaan Negeri akan memastikan Sabah akan mendapat ‘the best deal’ seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya ketika menjawab soalan Datuk Jahid Jahim (PBS-Tamparuli) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
Mohd Shafie berkata antara tindakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah penubuhan beberapa kementerian negeri yang baharu seperti Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Kementerian Pendidikan dan Inovasi dan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.
No comments:
Post a Comment