Lebih baik diam, agar tidak timbul kes lain - Zahid nasihatkan Najib
Dalam satu pertemuan diluar dewan parlimen, Zahid dengan begitu tenang menyatakan bahawa kita tidak perlu tuduh menuduh dan kerajaan sekarang perlu menghormati kerajaan terdahulu. Ditanya berikutan kehilangan gst bagi tujuan pembayaran balik beliau tidak begitu yakin dengan keadaan tersebut dan merasakan bahawa duit itu sebenarnya tidak hilang tetapi hanya digunakan untuk pembangunan yang ada sekarang. Kerajaan sekarang perlu hormat kepada kerajaan terdahulu yang mana telah berusaha menyediakan infrastruktur pembangunan. Apa apa pun Zahid syorkan agar Dato seri Najib tun razak perlu lebih banyak berdiam agar dapat memperbetulkan keadaan yang memang sudah sedia kala rumit. Memang tidak dinafikan bahawa Najib dan Zahid pada suatu ketika dahulu memang dilihat sebagai belangkas dan saling sokong menyokong. Kini Zahid lebih menasihatkan agar Najib perlu mempunyai pendekatan berdiam kerana dikhuatiri semakin banyak masalah timbul atas kenyataan beliau yang mungkin akan disalah anggap oleh masyarakat. Buat kerja untuk perbetulkan kesilapan masa lampau dan percaya bahawa kalau beliau benar undang undang akan menyebelahi beliau. Dato seri Najib tun razak kini memang dikaitkan dgn pelbagai skandal melibatkan kewangan serta salah guna kuasa. Beliau yang kini ahli parlimen pekan tidak mempunyai apa apa jawatan dalam parti kerana mengakibatkan bn hilang kuasa memerintah setelah kalah dlm pru ke 14. Zahid kini adalah presden utama parti
Sila tonton video:
No comments:
Post a Comment